Wednesday, 13 March 2013

DKG

Hari ini kami ingin membincangkan tentang tempat meletak kenderaan di Dewan Kuliah Gugusan(DKG).

DKG 2


Tempat meletak kenderaan yang disediakan di DKG 2 adalah tidak cukup apabila sampai waktu kuliah. Tempat meletak kenderaan menjadi penuh dan sesat yang akan dipenuhi oleh kenderaan kakitangan dan mahasiswa.


DKG 3 (Medan Selera Hijau Kuning dan Restoran Yasmeen)


Tempat meletak kenderaan di Medan Selera Hijau Kuning dan Restoran Yasmeen yang berada di sebelah DKG 3 akan menjadi penuh selepas mahasiswa menghadiri kuliah ataupun menjamu selera untuk menunggu kuliah yang seterusnya. Para mahasiswa yang mempunyai kuliah di DKG 3 juga akan meletak kenderaan mereka di tempat meletak kenderaan ini. 


DKG 4


Tempat meletak kenderaan yang berada di DKG 4 adalah untuk mahasiswa dan kakitangan yang mempunyai kuliah di DKG 4. Tempat meletak kenderaan yang berada di depan DKG 4 adalah untuk kakitangan manakala tempat meletak kenderaan bagi mahasiswa adalah berada di belakang bangunana DKG 4 ini.


DKG 5





 Tempat meletak kenderaan ini adalah berada di hadapan UUM PRESS iaitu di sebelah DKG 5. Mahasiswa dan kakitangan lebih cenderung untuk meletak kenderaan mereka di sini kerana tempat ini adalah tempat meletak kenderaan yang paling dekat dengan DKG 5. Di sini, terdapat juga tempat meletak kenderaan khas yang disediakan untuk ahli jawatankuasa.





Tempat meletak kenderaan yang ditunjukkan di atas juga merupakan salah satu tempat meletak kenderaan yang berada di sebelah DKG 5. Pada kebiasaannya, tempat meletak kenderaan ini adalah penuh semasa waktu kuliah dijalankan.






Tempat meletak kenderaan yang ditunjukkan di dalam gambar atas juga merupakan tempat kenderaan yang berada di sebelah DKG 5. Kita boleh melihat bahawa tempat meletak kenderaan di kawasan ini adalah kosong dan tidak penuh. Hal ini kerana kelemahan lokasi meletak kenderaan di sini yang berjauhan dengan DKG 5 jikalau berbanding dengan tempat meletak kenderaan yang berada di hadapan UUM PRESS.   


DKG 6






Tempat meletak kenderaan yang disediakan di DKG 6 adalah ramai dan mencukupi. Kakitangan dan mahasiswa bolehlah meletak kenderaan mereka sama ada di hadapan bangunan DKG 6 ataupun mengelilingi dewan kuliah DKG 6 yang mereka hendak hadiri.




No comments:

Post a Comment