Varsity Mall merupakan satu tempat membeli-belah bagi semua mahasiswa dan kakitangan UUM. Di sini, terdapat banyak kedai photostat, kedai runcit, restoren, kedai buku dan lain-lain lagi. Ramai orang akan mengunjungi tempat ini setiap hari. Tempat letak kenderaan yang cukup adalah isu penting bagi Varsity Mall. Varsity Mall juga menyediakan tempat bagi bas-bas setiap laluan DPP untuk berhenti di depannya supaya boleh memudahkan pengguna-pengguna bas tersebut serta boleh mengelakkan masalah trafik.
Monday, 18 March 2013
Sunday, 17 March 2013
Pusat Islam
Di dalam UUM, terdapat satu pusat Islam yang amat besar. Pusat Islam ini adalah khas untuk orang islam UUM supaya memudahkan mereka untuk pergi sembahyang. Setiap Jumaat, Pusat ini akan dipenuhi oleh orang serta kereta, jadi tempat letak kenderaan perlulah cukup banyak untuk mereka. Disebabkan tempat letak kenderaan yang mencukupi, orang Islam sempat untuk pergi sembahyang tanpa membazir masa untuk mencari parking.
Saturday, 16 March 2013
Perpustakaan Sultaniah Bahhiyah
Hari ini, kami ingin membincangkan tentang tempat parking di perpustakaan UUM.
Perpustakaan UUM amat besar dan ramai mahasiswa & mahasiswi akan pergi perpustakaan ini. Terdapat banyak mahasiswa memandu ke perpustakaan dan permintaan tempat meletak kenderaan adalah agak tinggi.
Di sini, terdapat tempat yang khas untuk staf dan pelajar.
Tempat meletak kenderaan mengikut segmen warga UUM
Kami ingin membincangkan tentang UUM mengutamakan warga UUM dengan menyediakan tempat meletak kenderaan yang lebih specifik untuk kesenangan warga UUM.
UUM menyediakan tempat meletak kenderaan mengikut pelbagai segmen. UUM menyediakan tempat meletak kereta bagi pelajar, staf ,dan juga Orang Kurang Upaya(OKU). UUM menyediakan tempat meletak kereta yang khas untuk pelajar dan staf. Papan tanda yang menunjukkan tempat meletak kereta bagi staf dan pelajar didapatkan di tempat meletak kenderaan yang berada di sebelah perpustakaan Sultanah Bahiyah. Selain itu, UUM juga menyediakan tempat meletak kereta bagi pelawat. Pelawat yang datang ke UUM bolehlah meletak kereta mereka di tempat yang telah disediakan. Tempat meletak kereta yang mempunyai tanda pelawat adalah didapat di sebelag DKG 2. Ini boleh dilihat dengan UUM mengutamakan dan melayan pelawat dengan baik. Di samping itu, UUM jugalah menjaga dan mengutamakan kepentingan orang kurang upaya. OKU tidak lagi menghadapi kesusahan apabila mencari tempat untuk meletak kereta mereka kerana tempat meletak kereta yang khas bagi kepentingan mereka disediakan di UUM juga.
Friday, 15 March 2013
DMAS & DTSO
Universiti Utara Malaysia mempunyai dua dewan besar utama, iaitu DMAS dan DTSO. Kedua-dua dewan besar ini adalah buka kepada aktiviti-aktiviti universiti sahaja. Bagi hari biasa, dewan-dewan ini adalah tidak terbuka kepada luar.
Oleh sebab Dewan Mua'zam Shah (DMAS) adalah dewan terbesar UUM dan merupakan simbol bagi universiti ini, Majlis konvo akan diadakan di dalam DMAS. Ramai pengunjung dan ahli keluarga bagi mahasiswa dan mahasiswi akan menghadiri dan ini meningkatkan permintaan tempat parking di DMAS. Jadi, DMAS telah menyediakan banyak tempat parking bagi pengunjung-pengunjung ini serta VIP UUM. Ini banyak memudahkan mereka.
Seterusnya, Dewan kedua besar ialah Dewan Tan Sri Othman (DTSO). Dewan adalah lebig kecil berbanding kepada DMAS, jadi ia digunakan untuk aktiviti yang lebih kecil seperti Majlis Dekan mahasiswa dan mahasiswi serta majlis-majlis lain. Selain itu, ia juga digunakan untuk kegunanaan peperiksaan mahasiswa. Oleh itu, tempat parking juga disediakan di sebelah DTSO. Namun, bilangannya adalah lebih kurang daripada DMAS.
Oleh sebab Dewan Mua'zam Shah (DMAS) adalah dewan terbesar UUM dan merupakan simbol bagi universiti ini, Majlis konvo akan diadakan di dalam DMAS. Ramai pengunjung dan ahli keluarga bagi mahasiswa dan mahasiswi akan menghadiri dan ini meningkatkan permintaan tempat parking di DMAS. Jadi, DMAS telah menyediakan banyak tempat parking bagi pengunjung-pengunjung ini serta VIP UUM. Ini banyak memudahkan mereka.
Seterusnya, Dewan kedua besar ialah Dewan Tan Sri Othman (DTSO). Dewan adalah lebig kecil berbanding kepada DMAS, jadi ia digunakan untuk aktiviti yang lebih kecil seperti Majlis Dekan mahasiswa dan mahasiswi serta majlis-majlis lain. Selain itu, ia juga digunakan untuk kegunanaan peperiksaan mahasiswa. Oleh itu, tempat parking juga disediakan di sebelah DTSO. Namun, bilangannya adalah lebih kurang daripada DMAS.
Thursday, 14 March 2013
Pusat Kesihatan Universiti (PKU)
UUM juga telah menyediakan tempat meletak kenderaan di kawasan Pusat Kesihatan Universiti (PKU). Tempat meletak kenderaan ini adalah disediakan untuk kakitangan PKU dan jugalah mahasiswa yang ingin mendapat kemudahan kesihatan.
Tempat meletak kenderaan yang disediakan di PKU UUM adalah cukup. Kakitangan dan mahasiswa memperolehi kesenangan apabila ingin berjumpa dengan doktor ataupun mendapat kemudahan kerana tempat meletak kenderaan dibina mengelilingi kawasan PKU.
Wednesday, 13 March 2013
Alumni Junction
Kami ingin membincangkan tentang tempat meletak kenderaan yang berada di Alumni Junction.
Tempat meletak kenderaan yang disediakan di Alumni Junction adalah untuk bagi menampung mahasiswa dan kakitangan yang terlalu ramai kerana ketidakcukupan tempat meletak kenderaan yang disediakan di kawasan DKG 1 dan DKG 2. Tempat meletak kenderaan ini hanyalah di seberang jalan raya DKG 1 dan DKG 2. Tempat meletak kenderaan ini adalah sangat banyak.
DKG
Hari ini kami ingin membincangkan tentang tempat meletak kenderaan di Dewan Kuliah Gugusan(DKG).
DKG 2
Tempat meletak kenderaan yang disediakan di DKG 2 adalah tidak cukup apabila sampai waktu kuliah. Tempat meletak kenderaan menjadi penuh dan sesat yang akan dipenuhi oleh kenderaan kakitangan dan mahasiswa.
DKG 3 (Medan Selera Hijau Kuning dan Restoran Yasmeen)
Tempat meletak kenderaan di Medan Selera Hijau Kuning dan Restoran Yasmeen yang berada di sebelah DKG 3 akan menjadi penuh selepas mahasiswa menghadiri kuliah ataupun menjamu selera untuk menunggu kuliah yang seterusnya. Para mahasiswa yang mempunyai kuliah di DKG 3 juga akan meletak kenderaan mereka di tempat meletak kenderaan ini.
DKG 4
Tempat meletak kenderaan yang berada di DKG 4 adalah untuk mahasiswa dan kakitangan yang mempunyai kuliah di DKG 4. Tempat meletak kenderaan yang berada di depan DKG 4 adalah untuk kakitangan manakala tempat meletak kenderaan bagi mahasiswa adalah berada di belakang bangunana DKG 4 ini.
DKG 5
Tempat meletak kenderaan ini adalah berada di hadapan UUM PRESS iaitu di sebelah DKG 5. Mahasiswa dan kakitangan lebih cenderung untuk meletak kenderaan mereka di sini kerana tempat ini adalah tempat meletak kenderaan yang paling dekat dengan DKG 5. Di sini, terdapat juga tempat meletak kenderaan khas yang disediakan untuk ahli jawatankuasa.
Tempat meletak kenderaan yang ditunjukkan di atas juga merupakan salah satu tempat meletak kenderaan yang berada di sebelah DKG 5. Pada kebiasaannya, tempat meletak kenderaan ini adalah penuh semasa waktu kuliah dijalankan.
Tempat meletak kenderaan yang ditunjukkan di dalam gambar atas juga merupakan tempat kenderaan yang berada di sebelah DKG 5. Kita boleh melihat bahawa tempat meletak kenderaan di kawasan ini adalah kosong dan tidak penuh. Hal ini kerana kelemahan lokasi meletak kenderaan di sini yang berjauhan dengan DKG 5 jikalau berbanding dengan tempat meletak kenderaan yang berada di hadapan UUM PRESS.
DKG 6
Tempat meletak kenderaan yang disediakan di DKG 6 adalah ramai dan mencukupi. Kakitangan dan mahasiswa bolehlah meletak kenderaan mereka sama ada di hadapan bangunan DKG 6 ataupun mengelilingi dewan kuliah DKG 6 yang mereka hendak hadiri.
Tuesday, 12 March 2013
Ringkasan Eksekutif
Kami merupakan mahasiswi Universiti Utara Malaysia (UUM). Blog ini membincangkan tentang isu-isu tempat meletak kereta yang berada di UUM. Kami melakukan kajian ini adalah untuk mengkaji sebarang masalah dan ketidaksesuaian tempat meletak kenderaan yang disediakan kepada mahasiswa dan kakitangan staf. Kami juga menitikberatkan aduan yang dikemukakan oleh pengguna tempat meletak kenderaan di UUM ini. Kami berharap dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi dan memberi cadangan yang sewajarnya untuk memberikan kemudahan yang terbaik kepada pengguna tempat meletak kenderaan di UUM.
Kami mengutamakan UUM, Kami sayangkan UUM, UUM adalah terbaik!
We are University Utara Malaysia (UUM) Students. This blog is mainly discuss about the issues on Parking places in UUM.
There are many parking places provided by UUM yet still there are many complaints from the students and staffs. We hereby wish to discuss on this issues and try to give some recommendations, hope can solve the problems.
We concern UUM, We love UUM, UUM is the best!
Sunday, 10 March 2013
Biodata Kami
Salam 1 Malaysia dan Selamat sejahtera semua :)
Blog ini adalah dimiliki oleh kami berdua - Cindy Chai Sinn Yee & Yap Yeok Teng. Kami akan membincangkan tentang isu tempat parking di UUM.
Kami berdua adalah mahasiswi semester 4, dan kini mengambil Sarjanamuda Pengurusan Perniagaan di UUM. Di sini merupakan biodata kami.
Nama : Cindy Chai Sinn Yee
Umur : 22 tahun
Tempat Berasal : Ipoh, Perak
Tarikh Lahir : 16.11.1991
Nama : Yap Yeok Teng
Umur : 22 tahun
Tempat Berasal : Ampang, Selangor
Tarikh Lahir : 27.1.1991
Blog ini adalah dimiliki oleh kami berdua - Cindy Chai Sinn Yee & Yap Yeok Teng. Kami akan membincangkan tentang isu tempat parking di UUM.
Kami berdua adalah mahasiswi semester 4, dan kini mengambil Sarjanamuda Pengurusan Perniagaan di UUM. Di sini merupakan biodata kami.
Nama : Cindy Chai Sinn Yee
Umur : 22 tahun
Tempat Berasal : Ipoh, Perak
Tarikh Lahir : 16.11.1991
Nama : Yap Yeok Teng
Umur : 22 tahun
Tempat Berasal : Ampang, Selangor
Tarikh Lahir : 27.1.1991
Subscribe to:
Posts (Atom)