Monday, 18 March 2013

Varsity Mall

Varsity Mall merupakan satu tempat membeli-belah bagi semua mahasiswa dan kakitangan UUM. Di sini, terdapat banyak kedai photostat, kedai runcit, restoren, kedai buku dan lain-lain lagi. Ramai orang akan mengunjungi tempat ini setiap hari. Tempat letak kenderaan yang cukup adalah isu penting bagi Varsity Mall. Varsity Mall juga menyediakan tempat bagi bas-bas setiap laluan DPP untuk berhenti di depannya supaya boleh memudahkan pengguna-pengguna bas tersebut serta boleh mengelakkan masalah trafik.



Sunday, 17 March 2013

Pusat Islam

Di dalam UUM, terdapat satu pusat Islam yang amat besar. Pusat Islam ini adalah khas untuk orang islam UUM supaya memudahkan mereka untuk pergi sembahyang. Setiap Jumaat, Pusat ini akan dipenuhi oleh orang serta kereta, jadi tempat letak kenderaan perlulah cukup banyak untuk mereka. Disebabkan tempat letak kenderaan yang mencukupi, orang Islam sempat untuk pergi sembahyang tanpa membazir masa untuk mencari parking.




Saturday, 16 March 2013

Perpustakaan Sultaniah Bahhiyah

Hari ini, kami ingin membincangkan tentang tempat parking di perpustakaan UUM.
Perpustakaan UUM amat besar dan ramai mahasiswa & mahasiswi akan pergi perpustakaan ini. Terdapat banyak mahasiswa memandu ke perpustakaan dan permintaan tempat meletak kenderaan adalah agak tinggi. 
Di sini, terdapat tempat yang khas untuk staf dan pelajar.


Tempat meletak kenderaan mengikut segmen warga UUM

 
Kami ingin membincangkan tentang UUM mengutamakan warga UUM dengan menyediakan tempat meletak kenderaan yang lebih specifik untuk kesenangan warga UUM.
 
UUM menyediakan tempat meletak kenderaan mengikut pelbagai segmen. UUM menyediakan tempat meletak kereta bagi pelajar, staf ,dan juga Orang Kurang Upaya(OKU). UUM menyediakan tempat meletak kereta yang khas untuk pelajar dan staf. Papan tanda yang menunjukkan tempat meletak kereta bagi staf dan pelajar didapatkan di tempat meletak kenderaan yang berada di sebelah perpustakaan Sultanah Bahiyah. Selain itu, UUM juga menyediakan tempat meletak kereta bagi pelawat. Pelawat yang datang ke UUM bolehlah meletak kereta mereka di tempat yang telah disediakan. Tempat meletak kereta yang mempunyai tanda pelawat adalah didapat di sebelag DKG 2. Ini boleh dilihat dengan UUM mengutamakan dan melayan pelawat dengan baik. Di samping itu, UUM jugalah menjaga dan mengutamakan kepentingan orang kurang upaya. OKU tidak lagi menghadapi kesusahan apabila mencari tempat untuk meletak kereta mereka kerana tempat meletak kereta yang khas bagi kepentingan mereka disediakan di UUM juga. 
 



Friday, 15 March 2013

DMAS & DTSO

Universiti Utara Malaysia mempunyai dua dewan besar utama, iaitu DMAS dan DTSO. Kedua-dua dewan besar ini adalah buka kepada aktiviti-aktiviti universiti sahaja. Bagi hari biasa, dewan-dewan ini adalah tidak terbuka kepada luar.

Oleh sebab Dewan Mua'zam Shah (DMAS) adalah dewan terbesar UUM dan merupakan simbol bagi universiti ini, Majlis konvo akan diadakan di dalam DMAS. Ramai pengunjung dan ahli keluarga bagi mahasiswa dan mahasiswi akan menghadiri dan ini meningkatkan permintaan tempat parking di DMAS. Jadi, DMAS telah menyediakan banyak tempat parking bagi pengunjung-pengunjung ini serta VIP UUM. Ini banyak memudahkan mereka.









Seterusnya, Dewan kedua besar ialah Dewan Tan Sri Othman (DTSO). Dewan adalah lebig kecil berbanding kepada DMAS, jadi ia digunakan untuk aktiviti yang lebih kecil seperti Majlis Dekan mahasiswa dan mahasiswi serta majlis-majlis lain. Selain itu, ia juga digunakan untuk kegunanaan peperiksaan mahasiswa. Oleh itu, tempat parking juga disediakan di sebelah DTSO. Namun, bilangannya adalah lebih kurang daripada DMAS.


Thursday, 14 March 2013

Pusat Kesihatan Universiti (PKU)

UUM juga telah menyediakan tempat meletak kenderaan di kawasan Pusat Kesihatan Universiti (PKU). Tempat meletak kenderaan ini adalah disediakan untuk kakitangan PKU dan jugalah mahasiswa yang ingin mendapat kemudahan kesihatan.




Tempat meletak kenderaan yang disediakan di PKU UUM adalah cukup. Kakitangan dan mahasiswa memperolehi kesenangan apabila ingin berjumpa dengan doktor ataupun mendapat kemudahan kerana tempat meletak kenderaan dibina mengelilingi kawasan PKU.

Wednesday, 13 March 2013

Alumni Junction

Kami ingin membincangkan tentang tempat meletak kenderaan yang berada di Alumni Junction.


 
 
Tempat meletak kenderaan yang disediakan di Alumni Junction adalah untuk bagi menampung mahasiswa dan kakitangan yang terlalu ramai kerana ketidakcukupan tempat meletak kenderaan yang disediakan di kawasan DKG 1 dan DKG 2. Tempat meletak kenderaan ini hanyalah di seberang jalan raya DKG 1 dan DKG 2. Tempat meletak kenderaan ini adalah sangat banyak.